Tuesday 12 April 2011

Perkhidmatan Sewaan Barangan Perkahwinan


AI VALLARIS COLLECTIONS..

“Lebat daun bunga tanjung,
Berbau harum bunga cempaka,
Adat dijaga pusaka dijunjung,
Baru terpelihara adat pesaka”

“Pokok pinang ditanam rapat,
Puyuh kini berlari-lari,
Samalah kita menjunjung adat,
Tunggak budaya semai dihati”


Budaya Melayu kaya dengan adat pusaka nenek moyang zaman berzaman yg kekal di jadikan ikutan. Tidak lengkap dan tidak berseri majlis perkahwinan tanpa hantaran beradat daripada kedua belah mempelai.

Memahami keperluan pengantin yang ingin mengekalkan adat dan budaya pada masa yang sama ingin MEMINIMUMKAN kos perbelanjaan perkahwinan;

Oleh itu, kami di Ai_Vallaris menawarkan PERKHIDMATAN SEWAAN keperluan barangan hantaran kepada para pengantin yang ingin mendirikan mahligai bahagia pada harga yang cukup berpatutan.



Antara Perkhidmatan Sewaan yang disediakan :-

1. Dulang Hantaran (Aluminium) RM 5 satu unit
-- 10 Dulang tinggi berkaki & 5 Dulang rendah tidak berkaki

2. Alas Dulang Hantaran (Satin/ Organza/Jesse) RM 2 sehelai
warna: Oren, maroon, kuning, ungu, hitam, krim,merah jambu..
*Kami juga menerima tempahan menjahit alas dulang pada harga RM2-3 sehelai
(kain anda sendiri)

3. Pahar Bunga Telur RM 5 satu unit
-- 4 Unit
4. Bakul Hantaran Buah-Buahan RM 5 satu unit
-- 3 Unit
5. Bakul Bekas Berkat/ telur RM 5 satu unit
-- 4 unit
6. Bekas hantaran daripada mengkuang RM 5 satu unit
-- 3 unit
7. Gabus berbentuk Bulat Rm 1
-- 10 unit
8.Span Alas dulang hantaran (silver) 
-- 11 unit

Di samping itu, Kami juga menawarkan sewaan barangan bagi melancarkan majlis kenduri perkahwinan seperti :-

1. Trays Buffet RM 25 satu set (1 trays besar +2trays kecil+1Senduk+1sudu)
 -- 6 Set
2. Bekas Air Minuman (Multi purpose water dispenser) 27 liter RM 7 satu unit
--2 set
3. Bekas Tarmos Makanan (Food Container)  (Kecil: RM 5, Sederhana: RM 7, Besar: RM10)
4. Kipas Besar RM 30

Terma & Syarat:

1. Perkhidmatan sewaan ini ditawarkan kepada para penyewa sekitar kawasan negeri JOHOR DARUL TAKZIM sahaja.

2. Perkhidmatan penghantaran barangan di sekitar kawasan JOHOR BAHRU (area Perling, BBU, dan skudai) adalah PERCUMA!

3. Tempahan hendaklah di buat dalam masa satu minggu.

4. Tempoh sewaan adalah selama 3 hari bagi harga yang telah dinyatakan di atas.

5. Sebarang kerosakan atau kecuaian pada barangan yang disewa, akan dikira “DIJUAL” kepada penyewa pada harga asal.


Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh e-mailkan kepada (Suhaidah @ ai) di ai_ixora86@yahoo.com

Sila sertakan, nama penuh dan no telefon untuk memudahkan segala urusan.

* Sila rujuk ai_Suhaidah photo album / Ai_Vallaris Collection & Cetusan rasa ilham kerjatangan.. untuk image yg lebih jelas dan detail..
terima kasih (^_^)

1 comment:

  1. kalau nak sewa 17 dulang dan 17 alas berapa ye?
    area skudai...
    kalau gubahkan sekali untuk 7+9 berapa harga?

    ReplyDelete